Ahad, 24 Mei 2009

Dengaq kata

Dengaq kata...
KP Sg Petani nak saman calon KP bagi penggal nie yang dok buat cerita KP la ni balaih duit calon bebas masa PRK Bukit Selambau. entah betoi entah tidak, boleh percaya atau tidak...hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. hampa dua oghang selesai la elok2...ni pun untuk UMNO juga...

Dengaq kata...
la nie dok mesyuarat cawangan seluruh negara termasuklah Sg Petani. Usul undi tak percaya kat Ketua Bahagian dah mula keluaq dari mulut ahli-ahli cawangan. Aku tak ada peluang nak dengaq lagi. nie pun sama, boleh percaya atau tidak, entah betoi entah tidak....macam2 dunia la nie...

Dengaq kata...
yang naik, pelan2 kita tarik bagi jatuh,
yang jatuh, koi2 kita lenyek,
yang kena lenyek, tak lambat dah nak lingkup.....

Macam mana nak kuat & kukuh balik kalau beginilah sikap kita semua?????

Sabtu, 16 Mei 2009

Kepimpinan Pemuda UMNO Kedah

Malam tadi, semasa Mesyuarat Pemuda UMNO Negeri Kedah di Bangunan Tunku, barisan exco Pemuda UMNO Kedah telah diumumkan.YB Khairy Jamaludin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut hadir semasa mesyuarat tersebut. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah,Tuan Haji Badrol Hisham bin Hashim (KP Padang Terap) akan dibantu oleh exco kanan yang cukup berkelayakan dan berwawasan. Naib Ketua Pemuda telah diamanahkan kepada Saudara Haris bin Che Mat(KP Pokok Sena).Sebagai orang lama, Sdr. Haris dilihat dapat membantu Abg Bad kita untuk memacu Pemuda Kedah ke barisan paling hadapan.
Penolong Setiausaha pula dipikul amanahnya untuk Ketua Pemuda Jerlun iaitu Sdr. Mohammad Khairi bin Ahmad. Harapan yang cukup tinggi agar sdr dapat merapatkan kembali saf kepimpinan Pemuda Kedah bagi penggal ini. Jika Pen. Setiausaha bekerja keras pasti Pemuda akan terus dekat dihati masyarakat. Baik buruk kepimpinan pemuda juga sekurang-kurangnya terletak pada bahu Pen. Setiausaha.
Untuk jawatan Penolong Bendahari pula disandang oleh Sdr. Azhar bin Haji Mahmud (KP Sg Petani). Sdr manusia yang cukup bertuah kerana baru dua tiga tahun saja secara serius mendampingi dan mendekati UMNO Sungai Petani terus menjadi KP Bahagian dan sekarang terus diangkat menjadi Pen. Bendahari Pemuda Kedah. Bagi saya tiada manusia yang bertuah seperti Sdr. Azhar dalam Pemuda UMNO dan harus diingat jangan lupa amanah dan tanggungjawab untuk sama-sama membantu Pemuda seluruh Kedah amnya dan akar umbi di peringkat cawangan khasnya.
KP Bahagian yang paling lantang berkata-kata pula diberi tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah. Beliau tidak lain dan tidak bukan, Sdr. Nor Saidi
bin Nanyan ( KP Langkawi ). Sdr perlu membuat penerangan secara berterusan kepada Pemuda seluruh Kedah agar UMNO terus mekar di kotak pemikiran mereka.
Dua orang Exco Pusat iaitu Sdr. Shafiqqurrahman dan Sdr. Zubir Zabidi (ZUZA) turut hadir dalam mesyuarat tersebut bersama-sama Pen. Bendahari Pemuda Pusat dan SUK Pemuda Pusat.

p/s harapan yang menggunung harus kita junjung dan julang ke tempat yang sepatutnya.

Khamis, 14 Mei 2009

Alkisah DUN Perak

SEBARKAN MAKLUMAT 'KEBIADAPAN' MEREKA INI !

Menurut sumber, Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri.

Mereka telah melakukan provokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.
Disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.

1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong mee meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud 'pergi mati engkau...' dengan tujuan menghina kepada YB Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.
12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 - 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG. 23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Rakyat mengesa Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan wajar bermesyuarat segera untuk mengantung mereka yang melakukan perbuatan yang terlampau ini.

Perdana Menteri Rakyat

Datuk Seri Najib Razak juga mahu semangat perkataan "rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka.

"Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata perdana menteri.

Tegasnya, tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan.

"Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," beliau dipetik berkata ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Majlis itu yang bertema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman.

Menurut Bernama, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih
pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah "turun padang" yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya.

"Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya.

"Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ.

"Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya.

"Banyak bezanya, macam bumi dan langit," katanya lagi.

Oleh sebab itu, tambahnya, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew tv (media).

Katanya lagi, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Selasa, 5 Mei 2009

Alfatihah untuk Rahmat Sekeluarga

Salam.
Aku baru ja sampai balik rumah dari menziarahi mayat ayahanda kepada adinda Rahmat di Kota Kuala Muda. Semoga arwah ditempatkan oleh Allah dikalangan orang-orang beriman soleh. Esok aku kerja, so aku pi la ziarah malam tadi. Amin,Amin,Amin.

Isnin, 4 Mei 2009

Senarai Pengerusi Biro, Unit & Sekretariat Pemuda UMNO Malaysia

Senarai Biro , Sekretariat dan Unit serta Pengerusinya:
Biro Politik - Y.B. Khairy Jamaluddin
Biro Pengurusan - Y.B. Datuk Razali Ibrahim
Biro Perhubungan NGO - Sdr Mohd Suffian Awang
Sekretariat Profesional Muda - Sdr Shafiqurrahman Shamsuddin
Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan - Sdr Sohaimi Shahadan
Biro Pelajaran - Sdr Gasing Saling
Biro Agama - Sdr Ustaz Mohd Affendi Yusof
Biro Hal Ehwal Luar Bandar - Y.B. Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak
Biro Kebudayaan dan Kesenian - Sdr Jamawi Jaafar
Biro Hal Ehwal Bandar - YM Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Biro Antarabangsa/AMAN Malaysia - Datuk Ahmad Zaki Zahid
Biro Sukan - Datuk Ahmad Darus
Biro Pendidikan Politik - Sdr Ali Mazat Salleh
Biro Putera UMNO - Sdr Hj Megat Zulkarnain Hj Omardin
Biro Pertanian & Industri Asas Tani - Sdr Zubir Zabidi (ZUZA)
Sekretariat Pekerja Muda - Sdr Nazir Hussin Akhtar Hussin
Unit Pidato & Penghujahan Umum - Sdr Lokman Noor Adam
Biro Pendidikan Tinggi - Sdr Ustaz Syahrin Jamaluddin
Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail
Biro Aduan Komuniti - Datuk Mohd Khairun Tan Sri Aseh
Biro Keahlian dan Pemilih - Sdr Mohd Hishamuddin Yahaya
Biro Sosial-Etika - Sdr Mohd Iruan Zulkefli
Unit Perang Saraf - Sdr Anis Hisham Abdul Aziz
Tugas-Tugas Khas – Sdr. Abdul Razak Abdul Rahman
Akademi Pemuda – Sdr. Khairul Azwan Datuk Harun
Sekretariat Pemuda BN dan 1Malaysia - Sdr Faizal Hj Ramli
Sekretariat Perhubungan Kerajaan - Sdr Badrol Hisham Zaki

Daripada pandangan saya , saya dapati masing-masing, termasuk Ketua-ketua Pemuda Negeri, amat tinggi moralnya untuk melaksanakan perubahan dan pembaharuan. Dibantu dengan latar belakang dan pengalaman yang baik, saya yakin PEMUDA UMNO mempunyai barisan yang berwibawa.

Segala perancangan telah diturunkan ke atas kertas melalui pena, kini masa untuk pelaksanaan tindakan. Semoga berjaya dan MESTI berusaha sedaya upaya bagi memastikan pengundi muda dapat dikembalikan ke pangkuan UMNO dan BN, Insya-Allah.

Ahad, 3 Mei 2009

Bola Sepak Piala YDP MPSPK 2009






Salam.
Petang semalam, team Tikam Batu FC vs MPSPK bagi perlawanan pembukaan.Perlawanan agak seimbang antara kedua-dua pasukan selepas wisel ditiupkan oleh pengadil perlawanan. Pada minit 35, pasukan Tikam Batu FC telah dapat menjaringkan gol yang cantik melalui penyerangnya,Mohd Sani Sab. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Namun segala-galanya telah berubah apabila 'Pa eat' dilayangkan kad merah. Perlawanan menjadi haru biru. Akhirnya MPSPK berjaya membalas dengan kedudukan 2-1 untuk MPSPK. Aku berharap team nie dapat mengekalkan corak permainan yang telah dimainkan semasa Liga Kuala Ketil. Ayuh, bangkitlah wahai kawan-kawanku. Kepada penyokong, terima kasih daun keladi.....

Sabtu, 2 Mei 2009

Tahniah Untuk KP Negeri Kedah

Salam.
PPU Zon Tikam Batu mengucapkan tahniah kepada Abang Bard yang telah dipilih dan dilantik sebagai KP PPU Kedah bagi sesi 2008/2011.
Semoga abang Bard dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik dan seikhlas yang mungkin. Buatlah sesuatu agar PPU Kedah sentiasa berada di barisan hadapan untuk menghadapi pihak lawan serta seterusnya merampas kembali Kedah daripada PR.