Selasa, 25 Ogos 2009

PRK Permatang Pasir ( Jumlah Keluar Mengundi )38.9% mengundi sehingga 11 pagi

Jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan awal:

Suasana di pusat pengundian di SK Permatang Pasir panas apabila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.

Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak".

Pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.

Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi ialah 14.6 peratus atau 2,566 orang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di SRJK (C) Lay Keow dan berpuashati dengan perjalanan pengundian setakat ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

2 ulasan:

NurLyna berkata...

Assalamualaikum wbt kepada para muslimin muslimat, para sahabat, para pembaca, para pendebat, para ahli politik sekian..

cuma beberapa detik sahaja pengiraan undi di Permatang Pasir. Masing-masing sudah melakukan yang terbaik.. Tidak kiralah BN mahupun PAS. Cuma sama-sama kita renungkan selama beberapa minit. Tanya pada iman... tanya pada hati kecil kalian, adakah ini yang kalian mahu? adakah ini pilihan kalian? Adakah ini yang anda hendak sajikan kepada kalian sekeluarga? Anak-anak? Cucu-cucu? dan keturunan zuriat kalian? Jangan lupa kepada agama kalian.. Di mata dunia, agama Islam sering dipersenda.. janganlah pula di tanah air kita... di tanah kelahiran kita.. tanah di mana ibu kita sakit melahirkan kalian supaya dapat menyaksikan keindahan Allah ini, agama Islam yang kita sayangi di persenda.. di hina.. di perolok.. Undi berdasarkan diri, hati, iman kalian.. bukan dengan pengaruh sesiapa.. sewaktu anda mengundi, tiada siapa yang lihat.. hanya kalian sendiri dan Allah swt. Pilihlah yang terbaik..

fikirkan nasib anda.. fikirkan nasib keturunan anda.. fikirkan nasib sahabat kalian.. fikirkan nasib rakan seagama kalian..

Sesungguhnya seorang manusia mampu jatuh dengan tahta, harta, serta wanita.. Semua ini pengaruh syaitan.. bangunlah.. bangkitlah dari kesesatan.. selagi diberi peluang, rebutlah peluang..

Jangalah menjadi orang yang munafik..
surah An-Nisaa, ayat 137 : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudia beriman pula, kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak pula menunjukkan kepada jalan yang lurus.

Jalan yang lurus membawa kita kepada syurga.. disisi orang-orang yang beriman.. disisi-Nya.. disisi para Nabi dan Rasul.

Jika Anda seorang yang menganuti agama Islam. Menyayangi Allah, menyanyangi Rasul, menyayangi Islam, tegarkah anda melihat Islam di persendakan?

Fikirkanlah yang terbaik untuk kalian. Kita seharusnya memandang ke hadapan.. Jauuhhh ke hadapan, hanya toleh ke belakang sebentar, untuk mengambil ikhtibar...

akhir kata, Selamat Mengundi!!!

kelambuharimau berkata...

fatwa dan auta yang dibawa pas tu teruk dan tak bole nak diterima la