Selasa, 14 Julai 2009

Pilih pemimpin beramanah - Presiden PAS

PAS mengingatkan para pengundi dalam pilihan raya kecil di N41 Manek Urai agar membuat pilihan yang tepat dengan memilih pemimpin beramanah.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata para pengundi di Manek Urai yang akan keluar mengundi hari ini agar memilih pemimpin yang amanah.

Ia kerana katanya, mengundi serta memilih kerajaan adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.

Beliau berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda 'peniaga yang amanah bersama kebenaran' dengan merujuk kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) sebagai seorang peniaga yang amanah.

"Peniaga-peniaga ikan percaya kepada dia (Abe Uji), peniaga-peniaga kecil percaya kepada dia (Abe Uji), kalau (para peniaga) tidak percaya kepada dia, 'mapuhlah' (tutuplah) perniagaannya.

"Dia (Abe uji) telah berniaga beberapa lama, ini (bukti) kejayaan amanahnya,"tegas Ustaz Abdul Hadi ketika berucap pada satu ceramah di Kampung Sungai Rek, Laloh, dekat sini.

Katanya, para pengundi mesti memilih kerajaan yang amanah bukan parti yang khianat dan Umno adalah parti yang khianat kerana mengamalkan rasuah.

Menurutnya, rasuah yang berlaku dalam pemilihan pemimpin Umno diakui oleh pemimpin mereka sendiri dan rasuah berleluasa pada waktu pilihan raya ini.

Ustaz Abdul Hadi berkata antara wang yang diperolehi oleh pemimpin Umno bagi memberi rasuah adalah dari tauke-tauke besar.

"Pemimpin Umno, bila dia (pemimpin) jadi kerajaan bagaimana dia (BN) nak naikkan harga getah, macam mana nak turunkan harga gula, macam mana nak turunkan harga minyak.

"Kerana tauke-tauke ini beri 'pitih' (duit) kepada dia (pemimpin Umno), untuk menang pilihan raya, untuk jadi pemimpin. Macam mana dia (BN) nak tunaikan amanah," soalnya.

Menurutnya, kerajaan Kelantan telah menunaikan amanah dengan mentadbir negeri dengan baik dan memberikan tanah kepada penduduk di Manek Urai.

Oleh itu, katanya, pengundi Manek Urai mesti menunaikan amanah dengan memilih pemimpin yang amanah dan kerajaan yang amanah.

Justeru itu, katanya menjadi harapan dari pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat agar ibu bapa dan waris-waris melaksanakan amanah memanggil anak-anak dan saudara mereka yang berada di luar pulang menunaikan amanah untuk mengundi.

cg's: Presiden PAS nie amanah juga ka, dia tau kat Tuan Aziz tu amanah atau tidak..bila masa jadi tuhan nie...orang buat semua salah,depa buat semuanya betoi.
Ingat,ilmu dunia dan akhirat penting untuk jadi pemimpin untuk rakyat...jgn mudah menuduh secara melulu tanpa bukti yang secukupnya...

2 ulasan:

wanbaki berkata...

BANG SILA DAPAT KAN KEPASTIAN LOKASI PERLAWANAN LIGA KK DI http://ligakualaketil.blogspot.com

cg's berkata...

ok...tq