Selasa, 14 Julai 2009

Proses Pengundian di Man U

Syukur alhamdulillah, hari ini bermulanya demensi baru sama ada BN dapat memenangi PRK MU atau pun tidak.Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bermula jam 8 pagi tadi, dengan kedua-dua calon, Tuan Aziz Tuan Man dari BN dan Mohd Fauzi Abdullah dari PAS meninjau pusat pengundian.

Kedua-duanya bukan pengundi dalam DUN tersebut.

Pengundian akan berjalan sehingga jam 5 petang ini, manakala keputusannya dijangka diketahui menjelang jam 8 malam ini.

Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi, dengan 99.2 peratus Melayu manakala bakinya pemilih Cina dan India.

Keputusan pilihanraya kecil hari ini akan menandakan sama ada PAS dan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mampu mengekalkan pengaruhnya di Kelantan yang telah ditadbir selama 19 tahun.

Manakala BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pula mengharapkan kemenangan di Manek Urai bagi menamatkan kekalahan berterusan BN dalam semua pilihanraya kecil - kecuali DUN Batang Ai di Sarawak - selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Petugas Umno buatlah kerja sehingga keringat yang terakhir..pastikan kita mendapat kemenangan untuk mengembalikan kepercayaan dan kesetiaan rakyat pada BN.

PAS akan mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil hari ini.

Manakala Tuan Aziz pula berkata pula yakin sekurang-kurangnya 51 peratus pemilih akan mengundi BN.

"Setakat semalam, sokongan makin meningkat," katanya.

Sebelum ini, para pengundi mula menyemak nama masing-masing dalam senarai pemilih di pondok yang disediakan oleh SPR.

Keadaan di sekitar Manek Urai Lama bergerak perlahan. Cuaca baik dan anggota polis mengawal di setiap simpang. Banyak kawasan dijadikan jalan sehala.

HIDUP UMNO...HIDUP BN...

Tiada ulasan: