Selasa, 24 November 2009

Kedah Patut Tarik Lesen Judi

"Kerajaan Kedah merasakan mahjung sebahagian judi kerana menggunakan duit semasa bermain. Sebab itu kita bercadang mengkaji semula pembaharuan lesennya," kata MB Kedah apabila diminta mengulas pertanyaan lisan ADUN Sidam, Tan Joo Long, semasa persidangan dewan itu semalam.

Menurutnya, kajian itu untuk kebaikan semua orang bagi mencegah masyarakat mengambil jalan mudah mendapatkan duit berikutan pihaknya menerima banyak rungutan akibat permainan berunsur perjudian.

"Kalau boleh kita tidak mahu rakyat berjudi kerana secara tidak langsung mereka akan berhutang dengan Ah Long. Nanti anak bini teraniaya," tambahnya.

Beliau berkata kerajaan mungkin menimbang memberi lesen mahjung kepada persatuan Cina sahaja tetapi ia tetap bergantung kepada hasil perbincangan dan kajian.

Menurut Azizan, walaupun kaum Cina dan India tidak melarang masyarakatnya berjudi perkara ini tetap harus dibendung kerana ia mendatangkan kesan buruk ke atas institusi keluarga.


* lessen yang diberi patut ditarik balik…dalam x bagi pun penuh orang dok main terutamanya puak2 yang pakai kopiah tue…meh tgk kat Tikam Batu…bercakap ikut Islam tapi perangai macam munafik…

Isnin, 23 November 2009

Sidang DUN Kedah

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kecoh hari ini apabila ADUN BN bangun beramai-ramai membantah jawapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat berhubung pengurangan jumlah bantuan bencana dan tragedi pada 2008 dan 2009.

Semasa menggulung perbahasan bajet 2010, pengerusi jawatankuasa itu Siti Aishah Ghazali (PAS-Merbau Pulas) berkata bantuan itu dikurangkan kerana ramai daripada mangsa bencana bukan dari golongan miskin atau yang memerlukan bantuan.

"Sehingga Sept lepas kerajaan negeri mengeluarkan bantuan berjumlah lebih RM289,000. Itu tidak termasuk bantuan am," katanya menyebabkan beberapa ADUN BN bangun meminta laluan untuk bertanya soalan.

Kedegilan Pengerusi Jawatankuasa itu tidak memberi laluan menyebabkan Speaker Datuk Dr Isa Ismail mencelah:

"YB Merbau Pulas, kalau depa minta, kita bagi depa tanya. Bagilah peluang depa tanya." Celahan Dr Isa mendapat tepukan Dewan menyebabkan Siti Aishah terpaksa memberi laluan untuk menjawab soalan.

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) bertanya mengenai senarai penerima bantuan e-Sinar (senarai kerajaan negeri) sahaja atau termasuk senarai e-Kasih (senarai BN); manakala Tajuddin Abdullah (BN-Belantik) meminta kerajaan negeri mengkaji semula bantuan bulanan RM80 yang kini tidak relevan.
Sementara Dr Mohd Hamdan Khalib (PAS-Tanjung Dawai) ketika menggulung perbahasan berkaitan portfolionya, Belia, Sukan, Kesenian dan Kebudayaan serta Warisan berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong semua program kerajaan pusat untuk faedah rakyat Kedah.
Beliau menjelaskan kegagalan pasukan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertahankan kejuaraan 'double treble' yang disandang pada 2007 dan 2008 sebagai bukan kekalahan tetapi kerana tidak dapat menjaringkan gol.

Dr Mohd Hamdan turut menuduh kepimpinan KFA yang lepas 'penuh dengan noda dan dosa' kerana meninggalkan hutang lebih RM4.79 juta.
Jawapan beliau membangkitkan kemarahan Ahmad Bashah yang berkata kegagalan itu berpunca dari kelemahan kepimpinan KFA kerana tidak cekap dan tidak bijak. - Bernama
* rakyat pun dah meluat dgn propaganda PR nie…KFA hanya pandai berkata2 tapi pelaksanaannya hancur berderai…peminat bola sepak dah mula meluat dgn tipu daya pentadbiran KFA…