Selasa, 27 September 2011

Ahad, 30 Januari 2011

Keputusan Tidak Rasmi PRK Tenang

Tahniah Tok Ai...memang BN menang lagi di Tenang yang mana majoriti semakin bertambah.Penulis cuma tertanya-tanya,apakah yang dimahukan lagi oleh pengundi di kawasan pekan/bandar masa kini?apa lagi kemudahan yang tidak ada atau tidak lengkap?undi di kawasan bandar memang teruk atau jatuh merudum.kerajaan perlulah tengok2 sama kawasan kampung yang mana,undinya melimpah ruah berbanding di bandar,yang sebilangan besar penduduknya tidak tahu bersyukur dengan nikmat diberi.pakat2,kita fikir.

PRK Tenang 30.01.11

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN, Azahar Ibrahim, 30, bekas penolong pegawai daerah dan calon PASesat, Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditutup, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan Parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

*inilah jawapan skema bagi orang yang nak kalah...