Sabtu, 16 Mei 2009

Kepimpinan Pemuda UMNO Kedah

Malam tadi, semasa Mesyuarat Pemuda UMNO Negeri Kedah di Bangunan Tunku, barisan exco Pemuda UMNO Kedah telah diumumkan.YB Khairy Jamaludin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut hadir semasa mesyuarat tersebut. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah,Tuan Haji Badrol Hisham bin Hashim (KP Padang Terap) akan dibantu oleh exco kanan yang cukup berkelayakan dan berwawasan. Naib Ketua Pemuda telah diamanahkan kepada Saudara Haris bin Che Mat(KP Pokok Sena).Sebagai orang lama, Sdr. Haris dilihat dapat membantu Abg Bad kita untuk memacu Pemuda Kedah ke barisan paling hadapan.
Penolong Setiausaha pula dipikul amanahnya untuk Ketua Pemuda Jerlun iaitu Sdr. Mohammad Khairi bin Ahmad. Harapan yang cukup tinggi agar sdr dapat merapatkan kembali saf kepimpinan Pemuda Kedah bagi penggal ini. Jika Pen. Setiausaha bekerja keras pasti Pemuda akan terus dekat dihati masyarakat. Baik buruk kepimpinan pemuda juga sekurang-kurangnya terletak pada bahu Pen. Setiausaha.
Untuk jawatan Penolong Bendahari pula disandang oleh Sdr. Azhar bin Haji Mahmud (KP Sg Petani). Sdr manusia yang cukup bertuah kerana baru dua tiga tahun saja secara serius mendampingi dan mendekati UMNO Sungai Petani terus menjadi KP Bahagian dan sekarang terus diangkat menjadi Pen. Bendahari Pemuda Kedah. Bagi saya tiada manusia yang bertuah seperti Sdr. Azhar dalam Pemuda UMNO dan harus diingat jangan lupa amanah dan tanggungjawab untuk sama-sama membantu Pemuda seluruh Kedah amnya dan akar umbi di peringkat cawangan khasnya.
KP Bahagian yang paling lantang berkata-kata pula diberi tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah. Beliau tidak lain dan tidak bukan, Sdr. Nor Saidi
bin Nanyan ( KP Langkawi ). Sdr perlu membuat penerangan secara berterusan kepada Pemuda seluruh Kedah agar UMNO terus mekar di kotak pemikiran mereka.
Dua orang Exco Pusat iaitu Sdr. Shafiqqurrahman dan Sdr. Zubir Zabidi (ZUZA) turut hadir dalam mesyuarat tersebut bersama-sama Pen. Bendahari Pemuda Pusat dan SUK Pemuda Pusat.

p/s harapan yang menggunung harus kita junjung dan julang ke tempat yang sepatutnya.

8 ulasan:

Bohemian Virtuoso. berkata...

Jemput dgr lagu2 Tan Sri, kt blog tan sri ye. hehe

Iklan jap..
Pening bzikir sambil bjoget?takut wahabi sesat?relax, jom blajar sains politik plak.jmput dgr lagu2 tan sri. tompang lompat bgalah ye. hehe

Detguaq berkata...

KP jerai tak dilantik apa2 jawatan ka?

Generasi Muda Tikam Batu berkata...

dak kot...

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Cikgu,

Ada apa-apa perbezaan antara zaman Abg. Teh jadi KP dengan sekarang?

Generasi Muda Tikam Batu berkata...

Saya pun berpeluang jadi AJK zaman Bang Teh, zaman Bang Chik dan la nie sdr. Azhar. Memang banyak perbezaannya antara ketiga-tiga depa. Bang Teh lah yang paling terbaik buat masa nie...kerap turun, jaga kebajikan dan semua segi lah. Bang Chik dgn Bang Teh ada bezanya juga tapi jurang x la sampai terlalu besaq mcm zaman nie...mungkin baru lagi kot tapi pemuda akar umbi dah mula bising sampai program yang pemuda create sendiri x pun lagi..yang ada dok tumpang program org ja la.Azhar perlu ingat yg dia menang dulu pun tak byk sgt...kalau campur jumlah undi Amran dan Gon memang sdr Azhar susah dan sukar nak kembalikan kepercayaan dan moral pemuda SP.

p/s teringat zaman bg teh yg cukup seronok dan menyeronokkan ketika buat kerja.

Mrs Who? berkata...

I know that you are a somebody, and from UMNO.. people look up to you.. people respect you for who you are.. Maka, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara.. berikan sedikit perngorbananmu dengan ikhlas.. moga berjaya di dunia dan akhirat...

Generasi Muda Tikam Batu berkata...

sis lyna,
tq so much....

Mrs Who? berkata...

Welcome.. take care.. May God Bless you..