Khamis, 14 Mei 2009

Perdana Menteri Rakyat

Datuk Seri Najib Razak juga mahu semangat perkataan "rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka.

"Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata perdana menteri.

Tegasnya, tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan.

"Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," beliau dipetik berkata ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Majlis itu yang bertema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman.

Menurut Bernama, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih
pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah "turun padang" yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya.

"Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya.

"Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ.

"Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya.

"Banyak bezanya, macam bumi dan langit," katanya lagi.

Oleh sebab itu, tambahnya, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew tv (media).

Katanya lagi, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat.

3 ulasan:

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam cikgu,

Zaman telah berubah, pendekatan kita juga kena berubah. Kalau pimpinan sanggup berubah, barulah keyakinan rakyat terhadap BN/UMNO akan berubah. Tanpa perubahan besar kemungkinan rakyat akan menolak kepimpinan yang ada ketika ini.

Rakyat telah dilekakan dengan janji manis pembangkang. Pembangkang akan terus mengekalkan momentum seperti di Perak bagi meraih sokongan rakyat.

Generasi Muda Tikam Batu berkata...

Salam abang Saad.
Terima kasih atas komen anda. masalahnya sekarang nie, banyak pemimpin yang dok 'kemas' saja tapi kerja habuk pun tak dak. kalau nak tgk, ptg nie mai balik sp..depa buat majlis taklimat mesyuarat cawangan..bolehla kita tgk pemimpin kita yg asyik dok bercakap saja drpd melaksanakan kerja.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Maaf petang tak dapat hadir, mungkin ketua cawangan akan hadir. InsyaAllah kalau ada masa boleh kita jumpa, baru boleh sembang panjang sikit!!!