Jumaat, 17 Julai 2009

Politik dan Masa Depan UMNO

Manek Urai telah selesai 3 hari yang lalu. Ya, yang kalah tetap kalah, dan yang menang tu tetap menang, tapi saya telah lihat perbezaan yang amat jelas di antara 2008 dan 2009. Jangan kita abaikan apa yang kita telah pelajari selama satu setengah tahun selepas PRU lepas. Rakyat memang nak didengar, bangsa Melayu sudah hilang suara meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dari PRU lepas sampai ke MU semalam. Rakyat perlukan penjenamaan baru, perlu pendekatan baru, perlu kasih sayang dan keprihatinan daripada Parti UMNO, perlu di dengar apa yang mereka selama ini luahkan dan jangan buta mata dan pekak telinga terhadap kejadian di sekeliling kita.

1Malaysia memang datang tepat pada masanya. YAB Perdana Menteri selama jadi YAB Timbalan Perdana Menteri, sudah lihat kelemahan dan kekurangan daripada pentadbiran lama, setiap Pemimpin mesti sudah melihat apa yang YAB PM sedang cuba laksanakan, iaitu penyatuan rakyat Malaysia di bawah satu banner, iaitu 1MALAYSIA. Kenapa tidak boleh ? Kalau di sebelah pihak pembangkang berpuluh ribu bangsa Melayu telah jadi ahli, adakah itu satu kesedaran bagi Parti UMNO bahawa ada kesilapan yang sudah terjadi, yang perlu diperbetulkan sebelum keyakinan dikembalikan kepada bangsa Melayu yang mengucap selamat tinggal kepada UMNO sebelum PRU lepas.

Pemimpin bukan sahaja seorang Pemimpin untuk rakyat yang alif dan baik sahaja. Pemimpin UMNO adalah pemimpin untuk semua rakyat, tak kira bangsa dan persefahaman politik. Pemimpin UMNO mesti buang 'rasa malas' mereka untuk masuk ke kawasan pembangkang, dan buat apa yang terbaik untuk bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Lagu warisan jangan kita nyanyi dalam mimpi kalau Dewan Negara jatuh kepada tangan pembangkang. Pemimpin jangan tuduh akar umbi kalau kalah pada PRU depan, kerana bukan akar umbi yang ada kuasa seperti Pemimpin untuk melakukan perubahan sebelum terlambat.

Jangan kerana kekalahan yang tipis di Manek Urai, Pemimpin tepuk dada dengan kata kata 'Rakyat sudah mula percayai UMNO/BN'. Banyak lagi yang perlu dibuat sebelum kita mencapai tahap yang boleh dikata ketara atau amat baik sampai UMNO/BN boleh menang PRU depan dengan majoriti lebih 2/3.

Di Manek Urai sudah jadi jelas, pengundi belia adalah target sekarang. Bawa mereka balik ke pangkuan UMNO, dengan menggunakan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, InsyaAllah, kita bersama boleh berjaya. Jangan kita berjaya sekarang hanya untuk dikalahkan pada PRU depan.

'BERSAMA BERGERAK'
cg's

2 ulasan:

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Tuan,

Rakyat akan melihat sejauh mana kemampuan kepimpinan tertinggi menerajui negara. Sekiranya kepimpinan peka dengan kehendak rakyat, rakyat akan kembali menyokong BN/UMNO. Keputusan di Manek Urai jelas menunjukkan rakyat mahukan perubahan. Usaha gigih UMNO/BN mengembalikan kepercayaan rakyat akan mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO/BN.

stentorian berkata...

terima kasih krn sudi menjengah ke blog saya,sam2 kita berkongsi pendapat dan jgn lupa komen artikel..sekali lagi terima kasih serta war2kan pd sahbat bloger yg lain.