Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap, pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee sebagai Exco kerajaan negeri mampu menghentikan khabar angin bahawa beliau akan melompat parti.
Azizan berkata, Soo Nee memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan, Pekerja Ladang serta Masyarakat Siam yang sebelum ini disandang oleh ADUN Bukit Selambau, S. Manikumar.
"Manikumar kini bertanggungjawab untuk memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Sumber Tenaga Manusia, Pembangunan Masyarakat serta Hal Ehwal Masyarakat India," katanya.
Azizan menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis angkat sumpah tersebut di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Sultanah Kedah, Haminah Haminun di Istana Anak Bukit di sini hari ini.
Menurut Azizan, beliau berharap Soo Nee akan menjalankan tugas dengan baik dan cepat belajar untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
"Kerja baik-baik dan jangan lompat-lompat parti.
"Spekulasi tidak akan lenyap dan tidak akan berhenti namun kerajaan negeri akan cuba susun dan kawal pentadbiran kerajaan dengan sebaik mungkin," katanya.
Dalam pada itu, Soo Nee berjanji akan cuba menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.
"Saya akan semak bidang kuasa saya. Saya juga harap khabar angin yang saya akan melompat parti akan dihentikan," ujarnya.
*kalau tiada angin masakan pohon bergoyang berliang-liuk...cukup la sampai setakat ini menipu rakyat....
3 ulasan:
emm..jagan risaulah..akan bayak lagi yang akan lompat parti jika dah sedar bahawa mereka ditipu dalam pakatan jahanam tu
Bagitau kat MB Kedah, ada 4 cara kalau tak mau bagi orang-orang dia lompat:-
1) Sumbat orang-orang dia dalam botol macam Aladin buat kat jin. Saheh tak boleh lompat.
2) Kerat kaki depa. Kalau dah kaki, saheh payah nak lompat.
3) Tutup biji mata depa. Kalau mata tertutup, payah la nak lompat jauh-jauh.
4) Bagi orang-orang dia minum air daum ketum. (Air daun ketum tak haram bagi PAS) Bila dah pening-pening lalat, saheh depa tak berani lompat pasai takut jatuh.
Salam, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Yang mana tersalah dan tersasul harap dapat dimaafkan sempena hari yang mulia ini.
Catat Ulasan